cara penjagaan kulit muka

4 Cara Penjagaan Kulit Muka Agar Kelihatan Sihat Dan Bebas Jerawat.

Tiada jalan pintas untuk kelihatan sihat dan cantik. Terutamanya bagi anda yang nak kulit cantik, flawless dan gebu gebas. Ironinya, ramai dikalangan orang kita ni, suka cari jalan pintas nak kelihatan cantik. Cucuk sana cucuk sini atau pun pakai produk yang dapat kesan flawless seawal 7 hari. Kenapa perlu menrisikokan diri? Tak perlu cucuk sana susuk sini, tak perlu guna produk yang boleh bagi kesan cantik yang cepat tapi jangka panjang boleh rosakkan badan Ketahui 4 asas penting cara penjagaan kulit muka wanita dan lelaki perlu ambil berat untuk kulit sihat dan cantik secara selamat.

Cara asas penjagaan kulit muka agar kelihatan sihat dan bebas jerawat.

  • Minum air banyak
cara penjagaan kulit muka-minum air
Photo by Julia Zolotova from Pexels

Badan kita 80% terdiri daripada air. Air yang cukup akan buatkan kulit kita lembab secara semualajadi. Kalau badan tak cukup air, kulit cepat kering dan berkedut. Selain daripada tu, air akan singkirkan toksin dalam badan. Toksin yang banyak akan buatkkan kulit kita kusam dan bermasalah. Toksin ni ibarat racun kepada kulit. Nak kulit sihat, singkirkan toksin dalam badan.

  • Jaga pemakanan

Kalau kita selalu makan makanan manis, kulit muka kita akan lebih cepat kusam dan bermasalah kerana gula adalah sumber pemakanan yang tak sihat untuk kulit. Tapi kalau anda orang yang sangat prihatin dalam cara penjagaan kulit muka setiap hari, sayuran dan buahan adalah sumber gula yang sihat yang diambil dalam diet makanan harian anda. Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak. Kesan dari mkanan bergoreng ni, kulit kita akan lebih bermiyak. Banyakkan sayuran dan buahan kerana kaya dengan cumber vitamin seperti vitamin c, antioksidan dan juga mineral yang bagus untuk kulit.

  • Bersenam

Bersenan secara konsisten. Bila bersenam, peluh peluh tu akan bersihkan pori pori yang tersumbat. Ia sekaligus mengurangkan risiko jerawat tumbuh merata di muka. Aktiviti bersenam juga merupakan salah satu aktiviti membuang toksin dalam badan. Bersenam juga membantu badan kita lebih tenang dan kurang stress. Stress ni boleh buat kulit muka kita cepat tua dan nampak kusam. Paling kurang, bersenamlah 1-2 kali seminggu, 30 minit setiap sesi untuk dapatkan badan yang sihat dan ia juga merupakan salah satu cara penjagaan kulit muka yang sangat mudah.

  • Produk penjagaan kulit muka yang sesuai

cara penjagaan kulit muka bebas jerawat youth shaklee

Pemilihan rangkaian produk yang selamat dan semulajadi dari bahan bahan alami sangat penti ng dalam penjagaan kulit muka. Kenali jenis kulit muka anda. Jangan terikut ikut dengan trend kosmetik murah dan cepat berkesan yang boleh merosakkan kulit muka untuk jangka masa panjang. Dalam pemilihan produk penjagaan kulit muka, perlu juga follow step step yang betul untuk cara penjagaan kulit muka ni. Tak bolehlah sekadar guna pencuci muka sahaja.

Cara penjagaan kulit muka menggunakan produk skincare yang selamat dan semulajadi.

  •  Pencuci muka – untuk mencuci kotoran debu, makeup dan juga minyak pada kulit muka.

cara penjagaan kulit muka

  • Penyegar – menutup liang pori selepas aktiviti mencuci dan seimbangkan ph kulit muka.

cara penjagaan kulit muka youth

  • Pelembab – mengekalkan kelembapan kulit muka dan melindungi kulit dari sinaran uv (guna pelembab yang lengkap dengan spf)
cara penjagaan kulit muka youth
pelembab/krim siang
cara penjagaan kulit muka
pelembab/krim malam

Cara diatas adalah asas dalam cara penjagaan kulit muka menggunakan produk penjagaan wajah. Jadikan amalan mencucuci wajah sebagai rutin harian sebelum tidur dan selepas bangun pagi supaya kulit bersih dan liang pori tidak tersumbat.

Nasihat kak lia, jangan malas nak jaga kebersihan dan kesihatan kulit. Nak kulit cantik jangan malas nak jaga kulit muka. Lengkapkan yang asas, barulah fikir nak pergi spa atau tak. Yang asas kene buat dulu ok. Selamat menjaga kesihatan kulit muka semua.

CARA PENJAGAAN KULIT MUKA YOUTH

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge