5 Makanan Untuk Jantung Berdegup Laju.

Salah satu simptom yang melanda penghidap hipertiroid adalah jantung berdebar debar atau jantung berdegup laju. Jantung berdegup laju ni disebabkan oleh kelenjar tiroid menghasilkan lebih hormon dan beri kesan kepada jantung untuk berdegup secara tidak normal. Masa kak lia dapatkan rawatan doktor di klinik biasa, doktor nasihatkan untuk dapatkan rawatan lebih lanjut untuk masalah hipertiroid ni sebabnya, bacaan heartbeat melebihi 100 bpm. Jika jantung berdegup terlalu laju, dikhuatiri jantung boleh bengkak dan akan ada kesan sampingan lain. Kak lia risau jugak dengar doktor explain masa tu. Bacaan pulse untuk degupan jantung kak lia melebihi 100 bpm. Memang tak normal. Pernah suatu masa, bacaan jantung berdegup laju sehingga 120 bpm.

Apa kak lia rasa masa tu? Memang masa hormon tengah tinggi, kak lia rasa cepat mengah. Nafas macam semput. Pastu dada ni berdebar debar. Berdebar tu sampai rasa macam pedih. Nak kata pedih macam mana tu tak tau nak explain tapi rasa tak selesa tiap kali dada tu berdebar.

Selain daripada tu, bila jantung berdegup laju, kak lia akan rasa cepat panas. Orang lain sejuk, kita rasa panas semacam. Tangan berpeluh-peluh. Tu salah satu gejala hormon tiroid tengah tinggi. Bila dah panas tu, mulalah mood selalu swing je kehulu kehilir. Hahha kesian husband kak lia.

Rawatan untuk jantung berdegup laju bagi pesakit tiroid.

Degupan jantung yang laju perlu dikawal. Kalau tak kawal, macam kak lia cakap tadi lah, doktor kata jantung boleh jadi bengkak. Banyak lagi lah kesan sampingan lain. Berdebar-debar tu baru sikit orang cakap. Hehehe. Kalau up sikit lagi dari berdebar tu, kita cakap Atrial Fibrillation. Apa kebenda pulak tu? Baca sini k. Kak lia pun tak reti nak explain macam mana. Kak lia punya Alhamdulillah setakat berdebar-debar je.

Kalau ke hospital, nurse akan ambik tekanan darah dan bacaan heartbeat kita. Kalau bacaan tak berapa comey, kejap ok, kejap tak, doktor mintak buat ECG atau test jantung yang lain. Pengalaman kak lia, doktor buat ECG jelah. Letak benda bulat point logam tu kat kawasan nadi. Pastu nanti adalah bacaannya (graf turun naik).

sumber : jantung oke
Masa hormon kak lia tengah carca marba dulu, jantung asyik berdebar-debar (bukan sebab jatuh cinta yer), doktor bagi ubat untuk makan. Nama ubat tu propanolol. Setengah biji atau sebiji sehari bergantung pada situasi kesihatan kak lia masa tu lah. Kalau berdebar je, kak lia telan lah. Sekarang ni, dah kurang rasa berdebar, cuma jantung je masih berdegup laju tapi still undercontrol, so kak lia tak makan sangat ubat propanolol tu. (doktor tahu tau kak lia makan macam ni)
Bagi penghidap hipertiroid, aktiviti fizikal seperti bersenam tu tak boleh nak over-doing sangatlah. Dikhuatiri membebankan jantung untuk bekerja. Dapatkan nasihat doktor atau pakar untuk aktiviti fizikal untuk kesihatan.

Makanan untuk jaga kesihatan jantung berdegup laju.

1. Sayur dan buah

  • sayur dan buah tinggi dengan vitamin dan mineral. Kandungan gula yang senang diproses ditukarkan kepada tenaga. Pelbagaikan warna untuk kesihatan terbaik. Sayur dan buah juga tinggi dengan antioksida. Antioksida sangat bagus untuk kesihatan jantung.  Contoh seperti brokoli, anggur, berreis.

2. Makanan tinggi serat

  • contohnya oat. Oat bagus untuk serapan kolesterol. Bagus untuk kesihatan. So pelbagaikan sumber fiber, bijian yang kaya dengan nutrient seperti vitamin b, zat besi, selenium, magnesium dan folate.

3. Makan ayam, ikan dan kekacang 

  • ayam make sure buang kulit. Ikan, kekacang dan ayam tanpa kulit kurang kolesterol berbanding daging merah. Ikan kaya dengan Omega-3 bagus untuk kesihatan jantung. Soya juga bagus untuk jantung sebab tiada kolesterol. Amalkan ikan salmon, tuna, sumber Omega-3 yang tinggi.

4. Produk tenusu yang kurang lemak

  • siapa suka susu, minum susu rendah lemak. Kurangkan makan cheese yang tinggi lemak. Marjerin dan butter, sila kurangkan.

5. Makan makanan yang kurang berminyak.

  • paling bagus, kukus, bakar dan rebus. Ayam kukus, ikan bakar yang tak berminyak.
Antara cadangan makanan yang lain termasuklah makan makanan yang sihat dan kaya dengan nutrient yang diperlukan badan 🙂
Bagi kita penghidap hipertiroid, jangan stress dengan keadaan kesihatan yang ada. Kita masih mampu mengurangkan gejala seperti jantung berdegup laju ni. Berikan makanan terbaik untuk jantung kita supaya jantung kita kuat dan sihat dan boleh bekerja dengan baik. Jika doktor prescribe ubat, jangan skip ubat ok!
Contoh nutrient yang bagus untuk menjaga kesihatan jantung berdegup laju adalah makanan yang kaya dengan sumber omega-3. Omega-3 ni bagus untuk menurunkan kadar kolesterol jahat dalam badan dan mengurangkan keradangan pada saluran darah sekaligus melancarkan peredaran darah dan tidak membebankan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan.
Cuba anda bayangkan, kita makan makanan yang berlemak dan berminyak. Bila kita tak bersenam, lemak lemak akan terperangkap dalam saluran darah dan menyempitkan saluran darah. Bila saluran darah jadi sempit, darah tak mengalir secara normal dan membebankan jantung untuk bekerja lebih kuat untuk pam darah dalam badan kita. Kesian jantung kita kan. So bila kita ambik makanan yang kaya dengan omega-3 seperti ikan salmon dan kekacang,  kita bantu bersihkan mendapan lelemak dalam salur darah.
Selain itu,  kita digalakkan makan banyak sayuran dan buah-buahan sebab ia kaya dengan antioksida. Antioksida ni bagus untuk lindungi sel-sel jantung kita daripada rosak disebabkan oleh radikal bebas seperti stress dan pencemaran. Bayangkan juga, jika anda seorang perokok tegar atau sentiasa berada dalam persekitaran yang terdedah dengan asap rokok, sel-sel badan akan cepat rosak termasuk sel-sel jantung kita. Kesannya pada jantung, jantung kita semakin lemah dan jantung berdegup laju dan berasa berdebar-debar dengan lebih kerap.
So, apa yang kak lia sendiri amalkan selain daripada jaga makan dan makan makanan yang ada nutrisi yang baik, kak lia add on juga vitamin untuk topup nutrient yang kurang dalam badan. Kekadang, dalam sehari tu, ikan pun tak makan. Makan ayam pulak, jenis bergoreng, takpun ayam berkicap atau masak merah. So kita tak dapat 100% nutrisi yang bagus untuk badan. Anda pun boleh amalkan juga. Alhamdulillah masalah jantung berdegup laju kak lia disebabkan masalah hipertiroid juga semakin baik.
Kalau dulu dose ubat setiap hari makan 2-3 biji, sekarang just makan bila perlu. Asbab bersupplement dan dengan izin Allah juga. 🙂 Kalau rasa nak cuba apa yang kak lia amalkan, jangan malu malu klik pada gambar vitamin kat bawah tu ok. Nanti kak lia bantu berkongsi lebih lagi tentang kebaikan produk yang kak lia makan ni yer 🙂

vitamin untuk jantung berdegup laju

Leave a Comment

Your email address will not be published.

CommentLuv badge