6 Jenis Vitamin Ibu Mengandung Perlu Makan.

Pengalaman hamil ni memang satu moment yang kita tak boleh lupa dan tak akan lupa sampai bila bila. Start dari test upt, pastu scan baby,buka buku pink, checkup setiap bulan, rasa contraction, cek bukaan jalan, dan sampailah detik melahirkan baby. Masa fasa mengandung tu kita excited nak bagi yang terbaik untuk baby. Nurse pun sangat prihatin. Remind kita untuk jaga kesihatan sepanjang mengandung. Siap bekalkan kita vitamin ibu mengandung dan setiap kali follow up mesti tanya ada masalah ke masa hamil, hari hari makan vitamin ke tak, vitamin ada lagi ke tak. All sorts of question yang kita rasa remeh tapi sangat memberi impact besar pada kehamilan kita.

Korang pernah tak bilamana pergi check up mengandung, nurse mesti tanya soalan soalan favourite macam ni.

MAKAN VITAMIN APA? 

VITAMIN ADA LAGI ? 

BACAAN HB BULAN NI BERAPA?

LAST AMBIK BACAAN HB BILA?

ADA MASALAH KESIHATAN APA APA TAK?

HARINI SIHAT ? BABY GERAK BERAPA KALI DAH?

And the list go on and on. Betapa caknanya doktor dan nurse pada ibu mengandung. Kalau kita dah makan vitamin yang sesuai, nurse akan cakap teruskan makan vitamin, if not pihak klinik akan bekalkan pada mak mak vitamin sepanjang proses kehamilan.

Alhamdulillah, sepanjang pengalaman mengandung kak lia untuk 4 orang anak ni, memang bercinta betul bila nak makan vitamin. Nak nak masa anak pertama. Sebelum ni manalah kak lia ni jenis istiqamah makan vitamin. Kalau makan pun, beli multivitamin satu je. Bila dah hamil, ambik koooooo, 3 jenis vitamin ibu mengandung  kene telan. Tu pun 3 jenis tu yang basic dan wajib makan untuk keperluan nutrisi ibu dan bayi.

Korang pulak macam mana pengalaman telan vitamin masa mengandung? Ada yang muntah terus? Hehehe semua tu akan jadi memori terindah untuk kita mak mak kan? Lagi pun tak lama, 9 bulan je. ๐Ÿ™‚ hehehe

Meh kak lia share apa vitamin ibu mengandung wajib makan sepanjang proses kehamilan. Nak anak sihat sihat kannn. So kene disiplin dan rajin bagi nutrisi terbaik untuk mak dan juga baby dalam perut ok!

Pengambilan Vitamin Ibu Mengandung Sepanjang 9 Bulan.

  • Zat Besi

Zat besi  ni penting  bagi penghasilan sel darah merah. Setiap bulan ibu hamil akan cek bacaan hb. Bacaan hb yang normal bagus dalam membekalkan oksigen yang cukup untuk bayi . Dalam masa yang sama, zat besi yang cukup dalam badan bantu untuk mengelakkan anemia kepada ibu hamil.

  • Vitamin B & Asid Folik

Vitamin B membantu beri tenaga kepada ibu hamil dimana vitamin B akan menukarkan makanan kepada tenaga. Ibu hamil tak delah rasa lemau, pucat dan tak bermaya. Still energetic walaupun mengandung. Asid folik pula membantu mengurangkan risiko kecacatan janin. Ibu mengandung digalakkan makan asid folik ni seawal 3 bulan sebelum hamil.

  • Vitamin C

Korang ada tak bff? Kalau korang ada bff, samalah dengan si vitamin C ni. Bff bagi vitamin C adalah zat besi. Vitamin C membantu zat besi menyerap dengan lebih berkesan kedalam badan . Kalau tak cukup vitamin c, zat besi tak serap sebaiknya, dari situ akan muncul masalah hb low. Selain daripada tu, vitamin C juga kuatkan imun badan mak mak agar tak mudah jatuh sakit. Yang paling best, makan vitamin c ni, kulit jadi cantik. Parut pada muka akan pudar dan wajah kusam akan lebih berseri semasa hamil.

  • Kalsium Magnesium

Penting dalam penghasilan tulang bayi. Awas bagi mak mak yang tak minum susu, anda mugkin berisiko tinggi boleh dapat cramp atau sakit sakit sendi tulang sebab bayi akan guna kalsium dari mak untuk bina tulang bayi. Dalam pada yang sama, kalsium magnesium bantu kurangkan masalah sembelit semasa mengandung.

Nak anak bijak? Bermula dari dalam kandungan tau. Ibu ibu yang makan minyak ikan yang kaya dengan omega-3 berpotensi lahirkan anak yang cergas dan cerdas otaknya. Omega-3 yang tinggi DHA dan EPA, bantu dalam perkembangan otak dan penglihatan bayi. So no wonder kalau mak mak konsisten makan minyak omega sampailah anak menyusu 2 tahun, anak dia dapat nutrisi tu semaksimumnya. Anak tu mesti bijak Insyallah.

Selain daripada tu, Omega-3 juga mengurangkan keradangan, bagus untuk elak sakit lutut, sendi dan juga dapat kawal tekanan darah tinggi bagi ibu yang berisiko ada masalah darah tinggi.

Protin adalah makanan utama kepada sel badan kita. Sel yang sihat akan menghasilkan satu sistem badan yang sihat dan sempurna. Janin yang sedang membesar memerlukan cukup protin bagi perkembangan tisu yang sihat termasuk otak serta kuatkan uterus/ rahim ibu sepanjang kehamilan. Ia mengurangkan risiko kegugugran setelah bayi terbentuk.

Protin juga bagus dalam perkembangan tisu payudara ibu sebagai persediaan selepas bersalin untuk proses penyusuan. So make sure mak mak makan cukup protin setiap hari ok. Makan tauhu, daging, ayam, tempe dan lain lain.

Vitamin Shaklee pilihan ramai.

vitamin ibu mengandung shaklee

Antara set vitamin yang famous ala ala viral masa kak lia awal awal mengandung anak first dulu pastinya set hamil shaklee. Set hamil shaklee ni lengkap dengan kesemua nutrisi yang diperlukan untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Alhamdulillah walaupun tak berkesempatan nak amalkan masa anak first, sebab masa ni kak lia tak kenal lagi shaklee,start makan shaklee masa menyusu anak pertama, tapi untuk anak kedua kak lia start amalkan set hamil shaklee sepanjang hamil anak ke dua. Syukur. Memang berbeza dari segi energy dan juga kesihatan kulit kak lia. Skin makin gloing dan makin berseri. ๐Ÿ™‚

Untuk mak mak apa vitamin ibu mengandung mak mak semua? Jom share. Bagi yang berminat untuk info dan konsultasi produk set hamil shaklee ni, boleh terus whatsapp kak lia untuk perbincangan ok.  Ni nombor phone kak lia ok. 0192872442, Whatsapp boleh, call pun boleh ok. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge