Pengalaman Bacaan Hipertiroid Menurun. Jom Kongsi Cerita Ini.

As Salam kawan kawan pembaca sekalian. Kalau ada yang baca, jangan lupa jawab salam ok.

Harini, kak lia nak share pasal pengalaman kak lia sebagai penghidap hipertiroid hampir 6 tahun dah. Alhamdulillah sekarang ni bacaan tiroid dah stabil, walaupun ada bacaan darah yang masih belum melepasi tahap normal, tapi secara overall, kak lia rasa lebih sihat berbanding sebelum ni. Baca kisah perjalanan tiriod kak lia kat sini ok.

Kak lia malas nak bebel panjang. Kita terus pada tajuk cerita kita laa yer. Macam mana kak lia teruskan rawatan tiroid kak lia, sampailah kak lia boleh kurangkan bacaan tiroid kak lia sampai tahap sekarang.

Sebelum ni kak lia cuba ingat semula, masa awal dulu kak lia tau masalah tiroid ni, masa hamil, berat badan susut sangat, kurus. Masa tu hamil pulak. Berat masa hamil 43kg macam gitu lah.

Bila dah diagnos memang ada tiroid, terus kak lia dapatkan rawatan di HKL dan klinik Ibu dan Anak di Sri Rampai. Bacaan tiroid memang sangat tinggi. Terus kak lia on ubat tiroid. Pendekkan lagi cerita, lepas bersalin, kak lia teruskan lagi treatment tiroid.

Masa first time sambung rawatan tiroid, kene ambik bacaan darah. Masa tu bacaan darah tiroid tinggi giler. Kalau range normal perlu kurang daripada bacaan 22 (kalau tak silap kak lia, nanti double cek semula), tp masa tu bacaan tiroid kak lia 60+. Doktor pun cuak, terus dia refer HKL semula.

Bermula lah episod berulang alik HKL, sebagai rumah kedua kak lia. Sekarang ni kak lia di Kuala Terengganu dah. just follow up dengan SOPD dan MOPD untuk monitor bacaan tiroid.Insyallah soon nak operate jugak untuk kurangkan risiko bengkak tu.

Back tu masa bacaan tengah tinggi tu, alhamdulillah waktu tu kak lia dah kenal Shaklee. Slowly ka lia baca pasal tiroid. Anything info pasal tiroid lah. Dari maksud tiroid tu sendiri, apa pro and cont nya. Sampailah rawatan yang diperlukan.

Korang yang ada masalah tiroid, tolonglah jangan skip rawatan. Nak nak kalau bacaan tengah tinggi. Kene makan ubat untuk kawal bacaan darah kita. Jangan ingkar arahan doktor sebab kalau tak dapatkan proper rawatan, your tiroid will getting worse. Banyak komplikasi kesihatan lain boleh berlaku.

Kalau ada simptom tiroid, silalah refer doktor terus.

Masa first rawatan tiroid, kak lia bertahan dengan ubat doktor saja. Bacaan tiroid turun tapi progress sangat lah perlahan. Tapi kak lia tetap follow apa yang doktor arahkan. Makan ubat, jangan skip. Heehehhee ada jgak tau waktu waktu skip ubat, bila bagitau doktor, kene bebel jugak laa.

Cut story short lagi, kak lia ikhtiar penuhkan nutrisi badan kak lia dengan supplement shaklee. Actually makan dah masa hamil anak kedua, bila lepas bersalin anak kedua bacaan masih tinggi. Sama macam anak first dulu.

Kak lia pun belilah Vivix, Omega Guard, Ostematrix dan GLA Complex. Dalam masa yang sama kak lia masih makan ubat. Ubat tak stop yer. Dapatkan juga nasihat doktor. Im lucky sebab sepupu suami kak lia, dia memang doktor pakar bahagian SOPD ni. Kak lia banyak refer dia dalam bab ubatan dan supplement ni.

Cut story short lagi, (berapa banyak cut daa) result bacaan tiroid kak lia drastically menurun daripada 60+ kepada 30+. Is it amazing? Kuasa Allah Maha Memberi Kesembuhan dan dengan asbab Shaklee bacaan tiroid menurun.

Kak lia pun mula fikir, selain daripada rawatan hospital, sebelum dapat sakit tu, kita kene jaga pemakan kita. Kene lengkapkan badan kita dengan nutrisi terbaik supaya badan urang berisiko dapat penyakit.

Makan kene makan sihat. Kene jaga perut, jangan makan ikut sedap mulut. Dulu kak lia tak pentingkan sangat pun bab bab nutrisi ni, tapi bila dah start kene tiroid, baru lah insaf nak jaga kesihatam.

Better late than never. Alhamdulillah sampai sekarang kak lia masih meneruskan supplement shaklee untuk kesihatan dalaman. Bagi kak lia rasa bertenaga dan tak cepat letih.

So, bagi korang yang ada masalah macam kak lia, semoga perkongsian kak lia ni membantu kalian dalam mencari alternatif untuk improved kesihatan. Cuma satu pesan kak lia, ubat dan rawata doktor jangan stop dan dengar setiap arahan doktor yang merawat anda ok. They know the best for us.

Bagi kawan kawan yang mencari ikhtiar untuk masalah tiroid, boleh laa amalkan supplement kak li makan tu. Semoga memberi manfaat.

Supplement untuk tiroid (consult doktor dan boleh tanya kak lia jugak untuk consultation produk ok)

1 thought on “Pengalaman Bacaan Hipertiroid Menurun. Jom Kongsi Cerita Ini.”

  1. Pingback: Ikhtiar Hamil Bagi Pesakit Tiroid Mendapatkan Zuriat. - Shaklieya Blog

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge