Bersalin Secara Induce, Pengalaman Yang Mendebarkan.

Tanggal 9 November 2019 Alhamdulillah Kak Lia selamat melahirkan anak lelaki kedua dan merupakan anak keempat kak lia. Baby keluar dengan berat 3.2kg, bersalin secara induce . Actually kesemua anak anak kak lia bersalin secara induce. Anak first disebabkan overdue dan nombor 2 sampai 4 ni sebab kak lia ada masalah GDM diet control. Memang dari awal dah standby for induce at 39 weeks.

Pengalaman bersalin induce ni memang ngeri bagi kak lia. 4 kali induce, memang tak pernah rasa cool. Hahaha mungkin yang pertama tu sebab tak ada pengalaman so gamble je. Anak kedua dan ketiga memang ada rasa cuak. Takut nak tempuh fasa contraction tapi kak lia motivate diri untuk be positive aje sepanjang fasa contraction tu.

Untuk anak ke empat, proses induce sama macam sebelum sebelum ni tapi untuk baby keluar ambik masa sampai 2 hari. Lain dari yang lain. So bila orang tanya macam mana rasa bersalin secara induce? Kak lia ada pengalaman dan rasa yang berbeza beza untuk setiap anak.

Sebelum kak lia story pengalaman setiap anak, for information cara doktor induce kak lia dengan masukkan ubat pada laluan bawah. So lepas masuk ubat, doktor mintak rest sejam, baring dan tak boleh shi shi sebab takut ubat keluar dan ubat tak berkesan dalam badan.

Ada jugak cara induce menggunakan belon dan drip air bergantung kepada masalah dan keputusan yang dibuat oleh doktor. Biasanya doktor akan decide untuk bersalin secara induce pada kes kes yang berisiko. Korang boleh google lah kaedah kaedah induce yang digunakan kepada ibu hamil yer.

cara pemeriksaan bersalin secara induce
pemeriksaan laluan bersalin untuk induce

ย 

bersalin secara induce kaedah balon
kaedah induce belon

Bersalin secara induce untuk anak pertama. – Rasa nak buang air besar.

sh.Hanna- anak nombor 1

Pengalaman anak pertama, masa tu kak lia umur 26 tahun. Memang tak tahu satu apa pun pasal nak beranak ni. Disebabkan dah lebih waktu jangka bersalin pastu hari ke 3 overdue kak lia leaking air ketuban. So tanpa tunggu lama kak lia serah diri ke hospital atas nasihat sepupu husband kak lia yang merupakan seorang doktor jugak.

Cut story short, kak lia pergi hospital waktu pagi, pukul 2 petang masuk ubat. Prosedure tu nurse cakap, bishop. ๐Ÿ™‚ Dengan rela hati kuturutkan saja apa nurse cakap. Pukul 6 petang kak lia dah start contraction. Rasa ala ala senggugut period. Makin lama makin kuat dan kerap kali. Dalam masa menahan sakit, ada satu moment tu kak lia rasa nak berak sangat sangat.

Contraction makin kuat, bila contration datang, kak lia jalan sekitar wad. Bila dah makin kuat sampai masa tu dah tak tahan nak jalan sebab bila jalan rasa stuck tak leh move, gagah jugak jalan pelan pelan nak cek bukaan cm. Uiiiii masa tu tuhan je tahu feeling dia.

Rupanya masa tak leh jalan tu, bukaan dah 9 cm. oii mak oii, nurse gelabah terus je sorong kak lia masukย  LR. Fuuuhhh masa atas bed nak nuju ke LR tu sakit memang tak leh tahan. Boleh rasa lagi sakit tu masa type entry ni. Alhamdulillah masuk LR tak lama dalam tu, dalam 30 min semua procedure siap termasuk jahit.

Induce anak ke dua dan tiga. – Rasa Cuak dan Takut.

Sh.Nur Husna – nombor 2

ย 

Ahmad Aasif – nombor 3

Bila dah ada pengalaman anak pertama bersalin secara induce ni, perasaan cuak untuk anak berikutnya memang dalam fikiran. Sebelum masuk ubat tu, kak lia tak habis habis kifir pasal sakit contraction masa anak pertamaa.

Untuk anak kedua dan ketiga, kak lia kene induce sebab ada masalah GDM masa hamil. So untuk mak mak yang sedang hamil yang tengah baca post kak lia ni, kalau tak mau kene induce, jaga makan, jangan suka sangat makan manis dan makan lewat malam. Semua tu akan mendorong pada kencing manis masa hamil. ๐Ÿ™‚ Amalkan ESP Shaklee kalau korang rasa lapar or nak jaga makan tapi still nak dapatkan khasiat nutrisi terbaik.ย 

Doktor masuk ubat selepas zohor. As usual sama jugak macam anak pertama, tak lama lepas masuk ubat, contraction start. Untuk anak kedua, kak lia rasa sakit but still bearable. Cek jalan dah 8 cm baru tolak masuk LR. Sementara nak cek jalan, sempat lagi terlelap atas kerusi tahan ngantuk dan kesakitan. Anak ketiga, yang ni lama jugak nak keluar. Sampai letih dan sleepy jugak. Masa 5cm cek jalan nurse dah nak sorong LR, tapi kak lia hold cakap saya masih boleh tahan. Sampai dah rasa tak tahan, baru serah diri 8 cm tolak LR.

Induce anak ke empat – Penantian dalam kekecewaan.

Sheikh Ahmad Ammar – nombor 4

Untuk anak ke empat ni, pengalaman bersalin induce ni sedikit berbeza dan unik. Orang kata anak pertama ambik masa yang lama untuk keluar, tapi sebaliknya bagi kak lia. Anak ke empat kali ni ambik masa 2 hari selepas ubat induce dimasukkan pada sebelah petang.

Prosedure induce masih sama dengan anak sebelum ni. Tapi kesan ubat induce tu ambik masa lama untuk force baby keluar. Bermula keluar tanda sebelah malam, kak lia dah standby call husband mintak dia standby datang hospital. Mujur rumah dekat dengan hospital. Lepas keluar tanda, contraction datang slowly. Malam tu sempat telan 4 biji ostematrix bagi kurangkan rasa sakit belakang. ๐Ÿ™‚

Lena tak lena jugaklah sebab contraction sela masa 10 min. Sampailah pagi esok, bukaan dah ada dalam 3 cm so doktor tak masukkan ubat yang berikutnya lagi sebab ada bukaan dah. Tapi sampai lah ke subuh seterusnya, bukaan stuck pada 3cm saja. Ubat induce tak berkesaannnnn…… Siang hari no contraction. Wow! So doktor decide masukkan ubat sekali lagi ( 2 kali induce for the first time, anak sebelum sebelum ni sekali induce je), ubat masuk lepas zohor. Siang hari kak lia boleh tidur sebab tak ada contraction.

Sebelah malam, contraction datang semula. Malam kedua di hospital berikan kekecewaan terbesar dalam hidup. Hhehehehe. 3 or 4 kali kak lia cek jalan, tapi bukaan stuck pada 4 cm. Sakit contraction makin meningkat. Malam tu memang tak lena tidur sebab sakit. Hinggalah siang berikutnya, contraction hilang semula. Kali ni kak lia hanya menunggu labour room panggil je.

Petang tu sepupu kak lia ada bagi air bunga kacip fatimah kalo tak silap nama dia. So kak lia minum since kak lia tak ada minum selusuh. Sepupu kak lia suh minum air tu sebagai ikhtiar. Petang lepas asar suami kak lia datang bawak air tu, terus je kak lia minum.ย 

Selepas maghrib, kak lia start contraction semula. Kali ni memang sakit. Cek jalan sekali lagi, bukaan dah buka 6cm. Pastu dengar nurse cakap ada ‘bulging’ pada laluan. Tanpa tunggu lama, nurse cakap siapkan pakaian baby, call husband and terus je nurse sorong naik labour room.

Sampai labour room, dalam 30 min selepas semua procedure, kak lia selamat lahirkan seorang baby boy berat 3.2kg. Alhamdulillah.

Lain orang lain pengalaman bersalin induce.

Dah anak 4 pun, pengalaman bersalin induce memang tetap mendebarkan. Setiap anak, ada ceria tersendiri. Lain orang lain pengalaman bersalin. Semoga diberikan kelancaran kepada semua mak mak yang akan melahirkan baby 2020 dan bakal di induce kelak. ๐Ÿ™‚

BTW, bagi mak mak yang bersalin pada tahun ni, dah ready ke semua persiapan? Preparation semasa pantang dah siap. Kak lia ada tips bagi mak mak yang bakal melahirkan baby iaitu tips sembuh luka jahitan dengan cepat. Semoga bermanfaat.

Selamat Berpantang dan tahniah untuk bayi 2020. ๐Ÿ™‚

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge