Cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin

Cara Sembuhkan Luka Jahitan Selepas Bersalin.

Cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin
Cara Cepat Sembuhkan Luka Jahitan Selepas Bersalin.

Luka bersalin memang perlu dijaga sebaiknya. Ia bagi mengelakkan infeksi berlaku pada tempat jahitan. Luka bersalin ni kalau tak dijaga baik-baik dari segi kebersihannya, akan melamabatkan lagi proses penyembuhan. Tambah teruk lagi kalau jahitan terbuka atau tempat luka bernanah. Cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin memang perlukan penjagaan rapi supaya nanti tak tinggalkan parut yang mengerikan. Pengalaman Kak lia sendiri, memang tak letak apa apa ubat lain selain daripada ubat luka yang hospital berikan. Takut kalau kalau ubat seperti ubat gamat, walaupun bagus untuk luka, tak sesuai diletak pada luka bersalin dan akan melambatkan lagi proses penyembuhan luka.

Macam macam petua dan tips  serta cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin. Apa yang kak lia lakukan masa menjadi ibu pertama kali dulu, salah satu cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin dengan cepat adalah sapu ubat luka yang hospital bagi without fail selepas mandi. Lepas tu keringkan bawah kipas. Agak agak susah nak sapu tu, mintak tolong dari suami. Jangan malu pulak yer. Suami kita jugak. Alhamdulillah 2 minggu, luka jahitan dah pulih. Benang jahit pun tanggal dengan cantik.

Hasil bacaan dan juga tips tips dari kawan kawan kak lia juga, korang boleh juga cuba cara kat bawah ni nanti untuk ikhtiar cara sembuhkan luka jahitan bersalin supaya cepat baik luka.

Cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin dengan cepat.

  • Tukar pad dengan kerap. (bersalin normal)

Bagi ibu yang bersalin normal, pastikan ibu ibu alert dengan penjagaan kebersihan miss V. Salin pad (maternity pad) 1-2 jam sekali pada awal hari hari selepas bersalin jika aliran darah banyak. Pastikan juga pakaian dalam yang digunaka tidak terlalu ketat dan menggunakan fabrik yang sejuk dan selesa.

  • Cuci/lap tempat luka sehingga kering. (bersalin secara pembedahan)

Bagi ibu yang melalui pembedahan, tempat luka jahitan tu pastikan sentiasa dicuci dengan bersih. Lap sehingga betul betul kering supaya tak berlaku infeksi pada bahagian luka. Elakkan sapu minyak atau bahan bahan yang tak sesuai bagi elakkan tempat luka jahitan bernanah.

  • Cuci dengan air garam. (bersalin normal)
Tips ni boleh diamalkan sekiranya ibu rasa selesa dan sanggup buat lah. Kak lia tak pernah cuba lagi tapi ada tips dan petua orang lama lama pesan cuci tempat jahitan bersalin (episiotomi khususnya) untuk cepat kering. Tapi kak lia gunakan air basuhan dari set Tanamera (femanine herbal wash) untuk basuh tempat luka jahitan. Alhamdulillah cara yang kak lia buat tu jugak salah satu cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin kak lia dengan baik.
  • Rehat yang cukup

Yang ni memang sangat penting. Kene rehat dan baring secukupnya bagi cepat sembuhkan luka. Kalau banyak bergerak, tempat luka jahitan boleh jadi bengkak dan jahitan boleh terbuka, tau tau sajalah apa kene buatkan. Ke hospital laa semula jawabnya. Ngerii oii.. Oleh sebab itu, kurangkan bergerak.

  • Makan makanan yang berkhasiat

Semasa berpantang, janganlah terlampau strict berpantang makan sampaikan nak minum air kosong pun takut. Makan secara sihat dan pelbagaikan menu yang lengkap dengan protein, serat dan vitamin. Tujuannya bagi mengelakkan masalah sembelit dan cepat sembuhkan luka jahitan selepas bersalin agar mudah bagi sel sel bercantum semula dengan baik. Bayangkan bila sembelit, pastu nak kene teran, uiii ngeri lah. Terbuka jahitan lagi takot.

Pengalaman bersalin Kak Lia.

my baby girl Hanna & Husna
Umur 26 tahun kak lia melahirkan anak perempuan pertama. Sebagai seorang ibu muda masa tu, kak lia memang tak ada idea langsung bagaimana nak handle diri kak lia selepas bersalin. Luka bersalin untuk anak pertama bagi kak lia paling teruk diantara ketiga tiga anak. Sebab luka episiotomi tu dia terkoyak sendiri tanpa digunting. So ibu ibu boleh agak laa kan macam mana nak jahit luka tu.
Lepas bersalin, kawasan luka jahitan bengkak sebab doktor cakap kawasan tu kulit sensitif dan nipis. Hanya Allah saja tau masa tu perasaan kak lia. Takut! takut kalau kalau benang jahitan terbuka sebab ada bengkak.
Apa yang kak lia buat, balik rumah memang kak lia baring saja. Lagi banyak bergerak dan duduk, kawasan luka jadi makin sakit. Sapai berdenyut denyut. Lepas mandi, memang kak lia sapu dan tuang ubat luka hospital bagi tu banyak banyak. Itu jelah yang kak lia mampu buat.
Tiba anak kedua. Kak lia standby dah dengan pengalaman lalu. Tapi kali ni kak lia ada rahsia dan perisai untuk kurangkan rasa sakit dan cara cepat sembuhkan luka jahitan selepas bersalin. Kali ni kak lia lengkapkan diri kak lia dengan set bersalin shaklee fullset. Lengkap. Sampai rumah, kak lia dah start ambik Vivix shaklee dan vitamin berpantang shaklee. Masa anak kedua baru kenal shaklee.

Amazingly, Alhamdulillah dengan kuasa Allah, rasa sakit tak ada langsung. Kalau dulu berdenyut denyut pada tempat jahitan, tapi masa berpantang anak kedua, kak lia tak rasa sakit dan badan lebih bertenaga. Masa anak kedua pun tak ada kene gunting. Semua natural tear. Nasib baik kali ni, nurse yang jahit tu dia pandai jahit dengan cantik. Kalau lah masa anak pertama dah makan vivix shaklee, kan seronok. Takdelah rasa seksa bengkak kat kawasan jahitan. Tapi semua ada hikmah kan.

 

my baby boi Ahmad Aasif

 

Time anak ketiga? masih dengan vitamin shaklee tapi tak bernasib baik untuk minum vivix selepas bersalin. So kak lia mula rasai sedikit denyutan pada kawasan luka macam pengalaman anak pertama tapi kali ni rasanya tak teruk sangat sebab luka jahitan tak banyak. Kak lia lupa nak standby Vivix sesiap (padahal ongkos kurang sebab tak kerja dah masa ni). Merasalah sakit kat tempat jahitan tu sebelum sembuh sepenuhnya. Tapi tak lama pun sakit, dalam masa 2 minggu semua dah ok. Alhamdulillah.
Gitulah kisah cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin yang kak lia amalkan. Supplement sangat membantu diri kak lia untuk lebih segar bertenaga dan tak rasa sakit pada tempat jahitan. Untuk anak ke empat nanti, next next time laa kan, selain dari tips dan cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin kat atas tu, kak lia nak standby Vivix shaklee siap siap. Tak mau dah jadi macam anak ketiga lambat amalkan vivix pastu merasalah sakit macam pengalaman anak pertama. Hehehe. Tapi semuanya dengan izin Allah s.w.t juga kan.
Bukan kak lia saja yang merasai kehebatan berpantang dengan vivix dan set bersalin shaklee ni, ibu ibu lain yang bersalin dan mengalami luka jahitan bersalin pun turut gembira berpantang dengan vivix dan set bersalin shaklee, luka jahitan cepat sembuh, kering dan tak rasa sakit. Alhamdulillah. Seronok kak lia dapat tau perkara ni.
Semoga lebih ramai ibu ibu diluar sana pun dapat ambil info cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin ni dan menikmati saat saat berpantang dengan gembira dan tanpa stress.

 

Vitamin yang kak lia amalkan semasa berpantang.

 

Apa kata ibu ibu yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee selepas bersalin.

Cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin

 

Cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin

 

 

Cara sembuhkan luka jahitan selepas bersalin
Beli Set Berpantang Shaklee Disini.
 
 
Beli Vivix Free Membership Disini.
Terima Kasih semua kerana sudi membaca. ☺

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge