Hormon Tiroid Tak Normal Punca Masalah Rambut Gugur Dan Rapuh.

Rambut adalah mahkota bagi wanita. Tapi, bila masalah rambut seperti rambut gugur menghantui hidup, alahai, seksa jiwa. Perempuan boleh jadi moody kalau 2 benda dalam hidup dia tak memenuhi kehendak hati. Satunya masalah pakai tudung tak jadi, tak muncung depan atau seerti dengannya dan satu lagi bila rambut tak dirapi indah pada hari harinya.

Leceh jadi perempuan ni. Tapi itulah uniknya rambut bagi seorang wanita. Rambut gugur biasanya sinonim dengan wanita bertudung tapi wanita tak bertudung juga ada masalah rambut gugur. Ada beberapa faktor bagaimana masalah rambut gugur boleh terjadi. 

Punca masalah rambut gugur.

  • stress
  • salah guna produk rambut
  • pemakanan tak seimbang
  • hormon tak teratur (tiroid)
  • penjagaan kebersihan rambut yang salah
  • kesan ubatan dan kimoterapi
  • selalu menggunakan bahan pewarna dan pengering rambut
  • masalah kulit kepala seperti kelimumur
  • rawatan tiroid

Hormon tiroid berlebihan atau berkurang punca keguguran rambut yang banyak.

Seperti kita sedia tahu, pertumbuhan rambut kita dipengaruhi oleh hormon dalam badan kita. Hormon tiroid kawal atur metabolisma badan dan juga proses aturan badan. Hormon tiroid yang berlebihan atau berkurangan boleh menyebabkan berlakunya masalah keguguran rambut.

Kesan daripada masalah tiroid akan menyebabkan masalah rambut berlaku. Rambut akan jadi lebih nipis, rapuh dan juga cepat putus. Texture rambut juga akan kelihatan rosak dan tidak sihat

Macam mana rambut gugur boleh berlaku bagi pesakit tiroid?

Pertumbuhan rambut berlaku dalam fasa tertentu. Sampai satu waktu, pertumbuhan rambut akan sampai pada waktu rehat dimana ia tidak tumbuh seperti biasa. Kemudian rambut baru akan tumbuh semula menggantikan rambut lama menyebabkan rambut lama gugur.
10 peratus rambut kita akan berada dalam fasa rehat pada bila bila masa saja. Tapi bila hormon tiroid tak teratur, rambut akan berehat lebih lama, disebabkan oleh keradangan pada folikel rambut. Kesannya, rambut akan cepat gugur bila proses rambut untuk berehat ambik masa lebih lama.

Cara atasi masalah rambut gugur pesakit tiroid.

  • Jumpa pakar dermatogi untuk dapatkan nasihat dan rawatan untuk rambut gugur.
  • Rawat masalah tiroid untuk elak masalah rambut gugur. Dapatkan pemeriksaan doktor dan ujian darah untuk mengesahkan masalah tiroid.
  • Pastikan ubatan yang merawat masalah tiroid bukan menjadi punca utama rambut gugur. Dose ubat yang tak sesuai atau ubat yang tak sesuai juga boleh menyebabkan rambut gugur.
  • Pegambilan supplement yang sesuai untuk masalah rambut gugur untuk pesakit tiroid seperti vitamin b, zinc dan asid lemak yang sihat.
  •  Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Kurangkan tekanan yang boleh menyebabkan lagi mudah rambut gugur.
Kak lia pun stress dengan masalah rambut gugur ni. Tapi apa nak buat, itu antara kesan sampingan yang dihadapi bila hormon tak stabil dan menyebabkan rambut rosak dan rapuh. Bertabahlah. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge