ikhtiar hamil pesakit tiroid

Ikhtiar Hamil Bagi Pesakit Tiroid Mendapatkan Zuriat.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin memiliki zuriat sendiri. Ada yang dah berbulan bertahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Bagi pesakit tiroid, masalah tiroid antara salah satu faktor pasangan berkahwin sukar mendapat zuriat. Masalah kesihatan yang dihadapi menjadi kekangan bagi si isteri untuk hamil. Pelbagai usaha dan ikhtiar hamil bagi pesakit tiroid untuk mendapatkan zuriat. Nasihat kak lia, jangan putus harapan untuk terus berikhtiar dan teruskan berdoa.

Faktor kesihatan sangat mempengaruhi pesakit tiroid untuk hamil. Oleh hal yang demikian, si isteri yang menghadapi masalah tiroid perlu mendapatkan rawatan dari Doktor Pakar bagi mengawal masalah tiroid yang ada. Ini merupakan langkah awal ikhtiar hamil bagi pesakit tiroid untuk mendapatkan cahaya mata yang diinginkan.

ikhtiar hamil bagi pesakit tiroid
Pengalaman hamil anak kedua. Tak silap ka lia masa ni dalam 5-6 bulan. Kehamilan kedua dan rumah kedua adalah hospital untuk check-up masalah tiroid.

Pengalaman kak lia sendiri, Alhamdulillah rezeki untuk mendapat cahaya mata tu cepat. Bila dah hamil anak pertama, baru kak lia tahu kak lia ada masalah tiriod. Masa tu doktor dan nurse tak tunggu lama, terus dapatkan result bacaan tiroid dan terus on treatment untuk tiroid bila detect ada benjolan pada bahagian leher.

Sebelum dan semasa hamil, kedua duanya mempunyai risiko yang tersendiri. Keguguran adalah salah satu risiko yang terpaksa ditempuhi oleh bakal ibu jika bacaan tiroid tak dikawal sebaiknya. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk kawal bacaan hormon tiroid sebagai ikhtiar hamil bagi pesakit tiroid.

Jika tak rawat dulu hormon tiroid ni, ia akan mempengaruhi tahap kesuburan si isteri yang sedang ikhtiar hamil untuk dapatkan zuriat. Bila dah dapatkan rawatan daripada pakar, dalam masa yang sama kita boleh juga berikhtiar cara lain untuk hamil.  Ada yang berurut, ada yang mengamalkan ubatan tradisional dan ada yang mencuba rawatan moden seperti ivf dan lain lain lagi.

Walau apa pun cara sekalipun, masih memerlukan pemantauan daripada Doktor.

Salah satu ikhtiar hamil bagi pesakit tiroid adalah melalui penjagaan makanan dan gaya hidup yang sihat. Orang tua tua ada pesan, jaga pantang bila makan dan makan makanan yang berkhasiat. Banyakkan ulam ulam , sayur dan buah buah. Makanan (anti tiroid) bantu kurangkan kenaikan bacaan tiroid yang lebih normal.

ikhtiar hamil bagi pesakit tiroid

 

Ikhtiar Hamil Bagi Pesakit Tiroid.

Salah satu ikhtiar hamil bagi pesakit tiroid yang kak lia cadangkan adalah dengan mengamalkan supplement yang sesuai (dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya) bagi meningkatkan tahap kesuburan pasangan yang ingin mendapatkan zuriat. Masalah tiroid sedikit sebanyak mengganggu aturan hormon dalam badan sekaligus mengganggu kesuburan pesakit tiroid yang sedang beriktiar untuk hamil. Pengalaman kak lia sendiri, bilamana kak lia lengkapkan nutrisi dalaman badan dengan supplement yang sesuai, ada perubahan dari segi bacaan tiroid dan alhamdulillah masa anak kak lia yang pertama berusia 8 bulan, kak lia hamil anak kedua. (accidently, actually tak plan pun nak baby masa tu) tapi alhamdulillah masa tu jugak bacaan tiroid semakin ok dan mungkin jugak tahap kesuburan waktu tu berada tahap terbaik jugak.

Pesanan kak lia, untuk ikhtiar hamil bagi pesakit tiroid mendapatkan zuriat untuk anak kedua semoleknya ada gap minimum 2 tahun. Tapi macam kak lia sendiri, terhamil tanpa dirancang, anugerah dan rezeki dari Allah, kak lia terima. Jarak kehamilan yang dekat bagi pesakit tiroid sedikit sebanyak mempunyai risiko tersendiri kepada ibu dan bayi. So, please well plan ok. Hehehe

Iktiar hamil bagi pesakit tiroid untuk mendapatkan zuriat boleh juga dengan mengamalkan cadangan supplement dari shaklee. Macam kak lia sendiri, anak kedua dan ketiga fully shaklee dari sebelum hamil sehinggalah menyusu. Antara supplement yang sesuai diamalkan seperti berikut:

Bcomplex bantu bekalkan tenaga dan kurangkan masalah mood swing. Sangat bagus diamalkan 3 bulan sebelum kehamilan untuk persediaan asid folik dalam badan untuk elak kecacatan janin masa awal awal kehamilan
GLA Complex sangat bagus diamalkan bagi pesakit tiroid yang sedang berikhtiar untuk hamil sebab GLA bantu kawal proses dalaman badan termasuk hormon hormon kewanitaan.
Omega Guard membantu dalam penjagaan jantung pesakit tiroid dan dalam masa yang sama kuatkn imun dan tingkatkan tahap kesuburan suami isteri.
Vivix bantu bekalkan tenaga dan juga mengurangkan risiko sel tiroid membesar dengan pantas.

Ikhtiar hamil bagi pesakit tiroid untuk mendapatkan zuriat haruslah diberi sokongan 101 %. Dimana ada usaha, Insyallah kita doakan semoga Allah makbulkan doa para isteri jadi realiti untuk timang cahaya mata sendiri. Jangan cepat mengalah. Usaha dan berikhtiarlah sebaik mungkin.

ikhtiar hamil bagi pesakit tiroid

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge