keropok lekor di kaula terengganu

Cadangan Tempat Keropok Lekor di Kuala Terengganu.

Sebut je Terengganu, korang mesti akan terbayang tentang penyu, pantai, nasi dagang, tempat makan best-best dan yang paling tak boleh terlepas adalah keropok lekor di Kuala Terengganu. Where the originality begins here. Betul dop? Keropok kat Terengganu ni ada 2 jenis tau. Satunya keropok keping, satu lagi keropok lekor rebus atau goreng. Kalau korang datang dan singgah ke Kuala Terengganu, jangan lupa borong keropok lekor authentic Terengganu. Jom kita tengok kat mana tempat keropok lekor di Terengganu yang best.

Antara tarikan tempat keropok lekor terkenal di Terengganu pastinya di bandar Kuala Terengganu tu sendiri. Sebut keropok lekor, pastinya menggamit kenangan keropok lekor Losong. Losong tu nama tempat tau. Bukan keropok tu keropok lekor Losong. ๐Ÿ™‚ Tetapi, seiring teknologi pembuatan keropok, perniagaan keropok lekor makin berkembang di seluruh bandar Kuala Terengganu.

Selain Losong, tempat keropok lekor terkenal di Terengganu yang Kak Lia boleh cadangkan bila korang datang ke Kuala Terengganu seperti Keropok Lekor Pengkalan Setar, Keropok Lekor Warisan Losong, Keropok Lekor Padang Midin, Keropok Lekor BTB dan yang terbaru dan semakin meningkat naik namanya kerana inovasi yang dilakukan keatas produk produk berasaskan ikan selain daripada keropok lekor adalah keropok Dynar Lekor bertempat di Buluh Gading. (Adik beradik dengan Keropok Lekor BTB)

DYNAR Lekor : tempat keropok lekor inovasi di Kuala Terengganu.

Kalau korang pernah dengar keropok lekor BTB, korang akan terbayang keropok lekor yang best tapi terpaksa beratur panjang, ambik nombor giliran. Tengok pada beratur panjang, rasa lemah semangat nak beli keropok lekor. Sekarang ni korang dah tak perlu nak beratur panjang dan ambil nombor untuk menikmati keropok lekor BTB. Kak Lia cadangkan korang boleh terus ke Cafe Keropok Lekor DYNAR Lekor bertempat di Buluh Gading, Manir, Kuala Terengganu.

Keropok lekor DYNAR Lekor ni adalah pecahan cawangan ke 2 dari Keropok Lekor BTB di Bukit Tok Beng tetapi di cafe DYNAR Lekor ni, ada menu lebih advance lagi. Selain keropok lekor rebus/goreng, korang boleh cuba keropok lekor berinovasi DYNAR Lekor. Kak lia dah cuba a few menu seperti jejari keju dan cheesy lava. Apa yang bestnya adalah, DYNAR Lekor menggunakan premium cheese yang tak sama dengan keropok cheese yang ada kat tempat lain. Import dari Singapore tau!

Selain daripada keropok lekor dan keropok inovasi, DYNAR Lekor juga ada menu special yang mana menu ni hanya ada di Cafe DYNAR Lekor Manir. Kak Lia dah cuba menu baru yang masih berasaskan ikan tapi diwesternkan sedikit. Nama menu tu D’Quca. Ia seperti wrap mat saleh tapi isi dalam wrap tu seperti sata ikan. Kulit wrapnya dibuat khas berasaskan resepi Tauke DYNAR Lekor sendiri. Add on pulak dengan manggo shake pure. Pergghhhh. Memang best!

So, korang yang datang ke Kuala Terengganu boleh berkunjung ke DYNAR Lekor untuk rasa produk produk DYNAR Lekor yang best ni. Pasti lain daripada keropok cheese leleh yang korang pernah rasa. Kalau nak datang ke cafe DYNAR Lekor, waktu operasi cafe bermula seawal 8 pagi sehingga 8 malam. Korang bawaklah serombongan bas singgah kat cafe keropok DYNAR ni rasai kelainan keropok lekor di Kuala Terengganu ni ok!


Khasiat dan manfaat ikan untuk kesihatan.

Seperti kita tahu, makan ikan ni sangat bagus untuk kesihatan. Ikan terutamanya ikan laut dalam sangat bagus kerana bekalkan lemak yang sihat kepada badan iaitu Omega-3. Omega-3 ni kita perlu bagi pada badan untuk elakkan risiko penyakit seperti kanser, asma/lelah, penyakit kardiovaskular dan juga untuk kesihatan otak. Korang jenis tak makan ikan? Hmmm fikirkan manfaat yang diperolehi dari ikan untuk kesihatan.

Kalau korang tak makan ikan, kak lia cadangkan pengambilan supplement minyak ikan yang tulen. Kak lia sendiri kadang kadang tak makan ikan setiap hari. Kadang kadang, cara masak ikan tu boleh rosakkan khasiat yang ada dalam ikan. So apa yang kak lia buat adalah kak lia amalkan minyak ikan OMEGA GUARD Shaklee sebagai vitamin harian kak lia. Kak lia makan ni untuk kesihatan jantung sebab heartbeat laju sebab ada masalah hipertiroid. Selain tu, kak lia amalkan Omega Guard untuk kurangkan risiko serangan asma/lelah.

Jom tengok khasiat OMEGA GUARD Shaklee.

Nutritionist dan pakar pemakanan sangat mencadangkan pengambilan minyak ikan dalam diet harian kita. So korang boleh dapatkan OMEGA GUARD Shaklee ni dari kak lia ok. Klik gambar diatas untuk terus ke link whatsapp.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge