minuman soya shaklee

Minuman Soya: Mengapa Perlu Memilih ESP Shaklee Berbanding Air Soya Kotak Untuk Kesihatan.

Bulan puasa pasti ramai yang menggemari minuman soya. Minuman soya adalah salah satu minuman wajib setiap kali bulan Ramadhan tiba. Kak Lia ni salah seorang hantu soya. Setiap kali bulan puasa, wajib beli air soya sejuk untuk buka puasa.

Dipasaran juga, banyak produk produk minuman soya dijual. Macam macam brand dan perisa ada. Selain daripada produk minuman soya kotak, dalam drugstore juga banyak pilihan minuman protin soya dijual bagi tujuan kesihatan.

Tapi korang tau tak, apa beza minuman soya kotak dan juga protin soya (biasanya dalam bentuk serbuk) yang dijual di drugstore dan pasaran luar. Bahan utamanya tetap sama iaitu soya. Korang tau tak yang Shaklee juga ada produk soya yang lazat iaitu ESP (Soy Protein Isolate Powder).

Kak Lia sendiri pun pada awal awal mengenali ESP Shaklee ni, kak lia pun pelik juga, apsal ESP ni hot item sangat di Shaklee. Semua orang bercerita pasal ESP terutamanya ibu hamil dan menyusu badan. Mereka teruja dengan fenomena set menyusu Shaklee yang mengandungi minuman soya Shaklee.

ESP Shaklee, minuman soya pilihan wanita dan lelaki zaman moden untuk kulit cantik, badan bertenaga dan bina otot yang kuat.

minuman soya shaklee

Buat pengetahuan korang, kak lia nak bagitau info ni. ESP Shaklee adalah hot item produk shaklee. ESP Shaklee adalah top 10 produk yang paling digemari oleh penduduk dan pengguna Shaklee Malaysia. So kalau dah jadi top 10 tu, maknanya ada sesuatu pada ESP Shaklee ni.

Dalam masa ESP Shaklee ni terkenal dikalangan penggunanya, ada jugak kata kata kurang enak dilemparkan oleh para netizen. Kononnya kalau minum soya ni boleh jadi kanser, boleh jadi cyst dan macam macam penyakit lagi. Sebenarnya tiada kajian khusus yang menyatakan minum soya boleh dapat kanser ni.

Hanya yang merasai sahaja tahu betapa bagus dan berkhasiatnya ESP Shaklee untuk kesihatan kita. Kalau tak, takkan lah kak lia masih setia amalkan ESP Shaklee ni nak masuk tahun ke 6 dah ๐Ÿ™‚ Alhamdulillah. Kak Lia mula minum ESP Shaklee ni sejak menyusukan anak kak lia nombor 1, sekarang dia dah 6 tahun.

Kalau soya Shaklee dipandang sedikit serong oleh para netizen, bagaimana pulak dengan minuman soya kotak yang dijual di kedai kedai dan pasaraya? Kita sedia maklum yang air soya kotak tu sendiri mengandungi kandungan gula yang tinggi dan tak bagus untuk kesihatan. Tapi masih lagi ramai yang menikmati minuman tersebut. Tepuk dada, tanya selera.

Kenapa perlu memilih ESP Shaklee berbanding minuman soya kotak dipasaran?

Ada beberapa sebab kenapa kak lia pilih dan bertukar kepada ESP Shaklee. Kalau dulu hantu air susu soya kotak, sekarang ESP Shaklee menjadi pilihan nombor 1 dihati.

  1. Menggunakan soya NON-GMO iaitu soya yang tidak diubah secara genetik. Soya yang diproses untuk menghasilkan ESP ni telah dihasilkan dibawah Program Pemilihan Identiti (IPP). Start dari nak tanam benih kacang soya sehinggalah ke proses nak jadikan serbuk ESP tu, ia dikawal ketat oleh badan khas bagi memastikan soya ESP memenuhi kriteria yang ditetapkan.
  2. Setiap hidangan ESP Shaklee mengandungi 14 gm soya berkualiti tinggi, rendah lemak, tanpa laktosa dan tanpa kolesterol. Pengambilan 25 gm soya Shaklee ni mampu mengawal tahap kolesterol jahat dalam badan.
  3. Lengkap dengan 9 amino asid perlu yang diperlukan oleh badan. Ia melengkapkan kesemua 20 asid amino yang badan perlukan termasuklah 11 asid amino tak perlu yang sedia ada terhasil dalam badan manusia. 9 asid amino perlu ni hanya boleh didapati dari pemakanan harian seperti daging dan telur. Ia membantu dalam proses pembinaan otot dan kawal sistem imun.
  4. Bacaan skor PDCAAS – 1.0 dimana bacaan ni menentukan bacaan protien tertinggi dan sama dengan protien haiwan. Protien tumbuhan bebas kolesterol dan tak memberi kesan negetif pada kesihatan seperti penyakit jantung. Manakala protien haiwan, potensi lemak yang berlebihan akibat kesan suntikan boleh memberi kesan negetif pada kesihatan.
  5. Mengandungi 5 jenis keperluan vitamin B dan separuh daripada keperluan kalsium harian.

Jika dibandingkan dengan minuman soya kotak, ESP Shaklee jauh lebih sihat dan berkhasiat. Kalau dulu kak lia pukul rata yang soya ni semua sama je kualiti dia, tapi kak lia silap. Shaklee sangat menjaga kualiti setiap produk sehinggakan nak pilih bahan mentah untuk hasilkan produk pun memerlukan penelitian yang sangat terperinci.

Kalau soya dalam kotak tu, agak agak korang dia guna soya apa? Soya GMO atau non-GMO. Ditambah lagi dengan kandungan gula yang tinggi, sedikit sebanyak mengurangkan lagi khasiat soya itu sendiri.

Sekarang korang dah boleh pilih sendiri kenapa kak lia pilih ESP Shaklee bagi menggantikan minuman soya kotak harian kak lia. ESP sangat berkualiti dan bagus untuk kesihatan berbanding minuman soya dalam kotak. Korang jangan berlengah lagi, jom bertukar kepada ESP Shaklee mulai hari ini.

minuman soya shaklee
Minuman sihat 2019
Grab promo ESP Shaklee harini sebelum promo Januari berakhir
Saya nak order 2 botol, saya nak order 3 botol!. klik Beli Sekarang untuk Order ok.

1 thought on “Minuman Soya: Mengapa Perlu Memilih ESP Shaklee Berbanding Air Soya Kotak Untuk Kesihatan.”

  1. Pingback: ESP Shaklee, Supplement Utama Kesihatan Badan. - Shaklieya Blog

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge